SABAK BERNAM, 12 MAC: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor mengambil langkah berjaga-jaga dengan menumpukan kepada kekerapan berlakunya puting beliung atau ribut di negeri itu.
SHAH ALAM, 11 MAC: Selangor mengaktifkan pusat pemindahan sementara di Dewan Seri Sekinchan bagi menempatkan penduduk terjejas kejadian ribut kencang dekat Taman Ria, Sekinchan petang tadi.
SHAH ALAM, 11 MAC: Sekitar 20 kediaman di Taman Ria di Sekinchan mengalami kerosakan akibat kejadian ribut sekitar 4.30 petang tadi.
SHAH ALAM, 10 MAC: Sejumlah RM70,000 diperuntuk Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI bagi membaik pulih sekolah dan kediaman mangsa ribut di Parit 4, Sungai Burong di Tanjong Karang.
SHAH ALAM, 8 MAC: Kerja pembersihan rumah mangsa ribut di Parit 4, Sungai Burong, Tanjong Karang sudah dimulakan oleh kontraktor lantikan Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI.
SABAK BERNAM, 6 MAC: Seorang peniaga warung kerugian kira-kira RM120,000 selepas rumahnya rosak teruk akibat ribut yang melanda Parit 4, Sekinchan dekat sini awal pagi tadi.
SHAH ALAM, 6 MAC: Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI menyalurkan bantuan segera terhadap mangsa kejadian ribut di Parit 4, Sungai Burong, Tanjong Karang pagi tadi.
HULU DUNGUN, 10 DIS: Polis Diraja Malaysia (PDRM) setakat ini mengalami kerugian RM3.2 juta akibat kerosakan balai dan pondok polis di 42 lokasi seluruh negara susulan bencana alam yang berlaku sepanjang musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
KUALA TERENGGANU, 25 OKT: Daerah Kemaman sekali lagi dilanda ribut petang tadi hingga menyebabkan lebih 20 buah rumah di sekitar Chukai dan Kijal mengalami kerosakan, terutama di bahagian bumbung.
CHUKAI, 24 OKT: Seorang warga emas nyaris dihempap siling rumah yang runtuh dalam kejadian ribut dan hujan air batu di Bandar Chukai dekat daerah Kemaman, petang semalam.
SUNGAI PETANI, 11 APRIL: Lima buah rumah di tiga buah kampung di sini, mengalami kemusnahan bumbung akibat dilanda ribut yang berlaku secara berperingkat petang semalam.
SHAH ALAM, 21 JAN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramal hujan lebat melanda Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat hingga 8 malam.
MELAKA, 5 NOV: Sebanyak 11 rumah dan sebuah bengkel membaiki motosikal terjejas akibat kejadian ribut di sekitar Batu Berendam di sini petang semalam.
PENDANG, 2 NOV: Sebanyak 24 rumah membabitkan 74 penduduk terjejas teruk terutama pada bahagian bumbung akibat ribut di Mukim Air Puteh di sini, petang semalam.
ALOR SETAR, 29 OKT: Seorang lelaki warga emas maut selepas kereta dipandunya dihempap pokok dalam kejadian ribut di Kampung Bukit Payong dekat Pokok Sena, petang tadi.
ALOR SETAR, 29 OKT: Beberapa rumah di daerah Kubang Pasu mengalami kerosakan termasuk bumbung tercabut akibat ribut dan puting beliung dalam kejadian kira-kira 3.30 petang tadi.
KUALA LUMPUR, 28 OKT: Siling depan anjung pusat beli-belah Megah Rise Mall di Petaling Jaya dekat sini runtuh dalam kejadian angin kencang dan hujan lebat, petang tadi.
MELAKA 28 OKT: Persediaan Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Abdullah untuk pelajarnya menghadapi peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dijadualkan bermula Isnin ini, terjejas selepas bumbung bangunan di sekolah tersebut rosak akibat dibadai ribut petang tadi.
TANJONG KARANG, 13 OKT: Seorang pesawah di Sawah Sempadan di sini berputih mata selepas petak sawah berkeluasan 1.2 hektar miliknya musnah akibat ribut baru-baru ini.
PETALING JAYA, 22 SEPT: Seorang peniaga di Seksyen 8 Kota Damansara di sini tidak sangka hari pertama berniaga selepas cuti bersalin diuji dengan kejadian ribut pada 28 Ogos lalu.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.